Cegah Kedut Di Wajah Guna Bahan Alami
Wanita cukup sensitif kalau 'komen lebih' bab kedut di kulit wajah. Kedut paling ketara adalah di bahagian mata dan dahi, walau pun anda masih muda. Pasti ada!
Selepas ini anda boleh atasi masalah ini dengan rujuk petua yang menggunakan bahan alami untuk lebih jimat dan selamat pada kulit wajah...
1. Minyak zaitun
Minyak zaitun mampu hilangkan kedut wajah hasil daripada nutrisi yang boleh merangsang kulit untuk pertambahan kolagen secara semula jadi. Elok disapu ketika sebelum tidur setiap malam sebelum tidur. Kesannya kulit wajah anda pasti berbeza dan lebih sihat.
2. Makan sayur dan buah
Perlu tukar gaya hidup dengan melebihkan makan sayur dan buah-buahan segar untuk dapat kulit yang cantik dan lebih lembap. Tetapi anda juga perlu seimbangkan harian dengan selitkan sedikit sukan bagi mengeluarkan peluh. Tidak perlu berlari, janji keluar peluh untuk singkir racun dalam tubuh badan.
3. Lidah buaya
Lidah buaya kaya dengan antioksida yang diperlukan kulit. Campur dengan putih telur dan jadikan masker dua hari sekali untuk mengurangi kedut di dahi. Bilas sehingga bersih selepas 15 minit. Anda boleh amalkan memakai masker 2 kali sehari, pagi dan malam untuk hasil yang lebih cepat dan segar.
4. Lemon
Buah yang kaya vitamin C seperti buah lemon dan limau nipis atau pelbagai buah yang jenis masam boleh dijadikan masker untuk hilangkan kedutan pada wajah. Potong dan picit buah lemon di dahi dan lakukan sehari sekali.
Sekarang anda boleh rawat dan atasi masalah kulit wajah tanpa perlu membeli sebarang produk. Satu lagi petua harian, jangan biasakan mengangkat kening agar tidak timbul kerutan di dahi. Selamat mencuba!
credit:mingguan wanita
Ceramic vs Titanium Curling Iron - TipiBone.com
ReplyDeleteCeramic titanium sponge vs Titanium 2020 edge titanium Curling Iron is the ultimate ceramic tool you can titanium dioxide sunscreen use westcott scissors titanium to fine tune your favorite art. titanium trim as seen on tv