Pages

Wednesday, November 2, 2011

kenin oh kenin

korang biasa tengok tak kening2 orang yang mcm2 jenis??..ada nipis tebal lurus senget tak kurang jugak kening ghoib (ni jenis manusia yg malas nk pikir2 ha amik style ghoib trus then bila nak design ikot dia la nak cane).

dulu time aku sekola sape2 yang cukur kening tu abis vogue bajet cun and terase diri moden la kengkononnye padahal bila pikir2 balik memang kelako la upe derang time tu ('derang' sebab aku sangat naif dulu bab2 cabot2 bulu ni hehehe)

berbalik cita psl kening ni.. since sekolah kita dah tau haram hukum mengubah ciptaan tuhan termasukla membuang bulu di muka (termasuk kening kau yg lebat tu silap2 kutu rambut pun blh idop beranak pinak ade ko cek?hehehe)

ok,kt sini aku bg contoh jenis2 kening yang dah diubah suai..

jenis:kening magic color.ko boleh pkai magic color ank ko ikot suka nk color ape.ade beran wat cani??


jenis:kening arimau bintang.bila ko dah berkening cani maka wajibla ko pose cm minah diatas.ade unsur bangga disana..


jenis:ni la kening ghoib.ko dh mcm alien berambut plk aku nengok.

jenis:kening lurus hantik.mungkin sbb owner pn dh hantik no wonder la kan..klo muka ko xde iras2 cani tp ade hati nk cukur ikot si jes ni jangan mimpi la nk jd bai.lupekan hasrat ko tu
jenis:kening hagemaru.klo kita crop tang kening je then wat teka teki apekah ini mesti 9/10 akan jwb misai.(mungkin kening aku jenis ni or yg kt bwh..eh lantakla..ko adee??)
jenis:kening tebal.mesti minah beruk shil ni bangga dengan kening dia sebab tu dia tak modified langsung kelebihan bulu atas mata denih kan..baru neutral beauty beb.


untuk mengubah persepsi orang yang kata 'eh ko cukur kening??eeiii tak bau syurga kao'...sebenarnya kita diharuskan membuang bulu kening or bulu kat muka yang boleh mendatangkan aib kt seseorang contohnye kening bersambung antara satu sama lain..tak pun minah yang terlebih gen jantan ada plak tersesat bulu kt dagu ngn atas mulut ko..tu boleh nak buang selagi tidak mengubah ciptaan Tuhan.

utk confirm aku sertakan fakta tu:

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah.
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.

Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

JAWAPAN:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.


p/s: harap takde lagi kemusykilan psl kening ni.sekian..




No comments:

Post a Comment

jgn ckp dlm ati,taip trus...