Pages

Sunday, November 8, 2015

Kelonggaran Aurat Wanita di Rumah

Soalan:  Saya ada sedikit pertanyaan, jika seorang wanita bertandang ke rumah mertuanya yang tinggal bersama adik ipar (bukan mahram) , bagaimana auratnya ? Perlukah ditutup lengkap sepeti biasa atau ada kelonggaran?

Jawapan:

Adik ipar bukan mahram dan wanita kena tutup aurat dan tidak boleh bersalaman dengan mereka. Jika di rumah diberi kelonggaran sedikit tak payah pakai stokin kerana kesukaran untuk memasuki tandas (mengikut mazhab Syafie jari-jari kaki dan tapak kaki adalah aurat) .Menurut Mazhab Hanafi, menurut riwayat al-Hasan daripada Abu Hanifah, tapak kaki (dalam bahasa Arab, perkataan al-qadam bermaksud tapak kaki merangkumi bahagian atas, iaitu kura-kura kaki dan bawah) bukan aurat. Maka harus mendedahkannya serta harus bagi lelaki ajnabi melihatnya.

Hujjahnya ialah apa yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa beliau mentafsirkan ayat (dan janganlah wanita mukminah mendedahkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya), maksud “apa yang zahir” yang disebut di dalam ayat itu ialah “al-qulbu wal-fatakhah”, iaitu cincin yang dipakai dijari kaki. Maka ini menunjukkan bahawa harus mendedahkannya kerana Allah Ta’ala melarang wanita mendedahkan perhiasan, dan Dia mengecualikan apa yang zahir. Dari segi lojiknya kita lihat, tapak kaki memang terdedah ketika berjalan. Maka ia termasuk dalam anggota yang dikecualikan daripada kewajipan menutupnya.

Sebaliknya, tapak kaki tidak ada keperluan untuk membukanya. Maka ia wajib ditutup. jika ada keperluan maka boleh dibuka. Bahagian lain kena tutup seperti biasa. Wallahua’lam


Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

No comments:

Post a Comment

jgn ckp dlm ati,taip trus...