Pages

Sunday, November 8, 2015

Wanita 24 Tahun Ini Travel Seorang Diri Tanpa Kemudahan Komunikasi & Media Sosial. Women Power!


superpower

Kami rasa harini memang seakan-akan ‘Hari Wanita Malaysia’ pula. Mana taknya, inbox kami dipenuhi dengan kisah-kisah wanita yang harus dijadikan inspirasi.

Kali ini, Nur Najihah Muhaimin pula berkongsi pengalamannya travel tanpa menggunakam media sosial dan komunikasi dengan insan-insan tersayang. Apa yang jadi kepadanya?

MENGEMBARA TANPA MEDIA SOSIAL DAN KOMUNIKASI

Screen Shot 2015-11-08 at 10.39.22 AM

Bulan-bulan lalu adalah perjalanan yang paling mencabar pada usia 24 tahun. I lost in the rough ocean. Life has been so tough. Full of tears, pain, paranoid and memories. I was almost lost myself. But my family always being there for me. Alhamdulillah.

I decided to take a journey to Thailand. I have to go back to the real me. I miss myself. I just pray to Him, show me the way to heal the pain. Yes He heard my dua. Doa itu senjata orang Mukmin.

Dia hantar saya tempat yang ajar saya kenal Tuhan. Rezeki saya berjumpa dengan orang-orang baik yakni soleh solehah. My surrounding enviroment are just so good and very Islamic. Ya di Yala wilayah bombing itu. Roomate saya dari Bangkok. Bustee namanya. She is a lovely girl.

Sekarang saya belajar di Universiti Fatoni , satu-satunya universiti Islam di Pattani. Saya mempelajari Bahasa Arab dan dalam masa yang sama bahasa Siam. Ada masa rasa rajin sangat tapi ada masa rasa kena tiup angin taufan. Perempuan Malaysia lain tak ada di sini. So I am pretty famous among them. Haha. Lol. Perasan.


Saya belajar Muay Thai. Memandangkan saya suka jalan seorang diri jadi sangat penting untuk ada pertahanan diri. Tapi orang sini agak konservatif bila perempuan nak belajar benda alah ini. Yes people is different. Muay Thai made me feel so much better. It brings confidence and soul of fighter.

Saya belajar naik scooter hingga ke puncak bukit setinggi 2038 kaki dari aras laut. Ya seorang diri. Pernah sesat. Saya tanya orang. Google translate dan map sangat berguna.

Semalam saya belajar balik ke Malaysia. Nak buat surprise untuk keluarga, anak murid dan teman-teman. Dari Yala-Hatyai-Danok saya naik van. Lepas sempadan saya jalan kaki for 1KM dan tumpang orang ke stesyen teksi. Naik teksi pergi stesyen bas. Tunggu punya tunggu bas tak ada ke Alor Star. Dengan telefon dah low battery dan tak boleh call, mesej dan internet. Saya pinjam telefon orang. Nasib baik orang laki itu baik hati. Kemudian saya tumpang mak cik bertudung labuh. Instinct saya kata dia orang baik. Jadi saya sapa dan alhamdulillah dia tumpangkan saya. Dia siap ajar saya lagi doa moga Allah pertemukan dengan orang yang baik sepanjang perjalanan. Kami berkenalan secara ringkas. Dia risau tengok perempuan seorang2.

Turun di Shahab Perdana dalam jam 7.30, saya berharap ada tiket ke Teluk Intan. Hampeh. Tak ada. Jadi saya tukar plan pergi Ipoh, tidur rumah sepupu. Masa itu saya pinjam telefon orang juga dan telefon awam. Konon nak minta kawan tapi tak sempat, syiling habis. Penjual tiket disitu layan saya dengan baik. Siap tolong lagi tengok handphone saya yang tak working dan hantar saya masuk ke dalam bas. We had a great talk. Berjam saya tunggu situ, sempatlah saya mandi di tandas awam. Saya tak bawa baju spare pun. Very sehelai sepinggang. Yang penting passport, air, makanan, berus gigi, perfume dan tuala kecil. Sempat juga saya jumpa pelancong dari Iran. Orang shiah. Kami sembang dan bertukar cerita. Nasib baik dia tak bunuh saya. Hihi. Orang kata darah sunni halal untuk shiah. *ngehh*

Saya bertolak dari sana jam 11 malam lebih. Sampai Amanjaya jam 2.30 pagi. Nak call cousin tak ada telefon. Jadi saya pinjam telefon seorang perempuan Melayu dan pak cik Cina. Akhirnya sepupu datang. Tidurlah sampai esok pagi.

Tak sempat nak tengok Konvokesyen budak2. Congratulations to all my lovely kids. Masa pagi tadi tak ada siapa ahli keluarga saya tahu yang saya balik. Bibik Bibi hantar saya ke stesyen keretapi. Dah dapat tiket baru saya bersengkokol dengan Bibik Aini untuk ambil saya di stesyen keretapi Tapah. Semasa di stesyen Ipoh, saya lepak di surau dan jumpa mak cik seorang ini. Dia bagi helaian kertas doa ” doa sebelum usia 40 “. Awch baru 24. Tapi good lah kan. Hehe. Plan doa awal2. Oh terjumpa schoolmate Maahad, kak Salamah. Di toilet jumpa dengan seorang kakak, we had a happy talk.

Ouh sampai Tapah,bibik Aini ambil bawa balik rumah. Heh. Surprise ! Menangis embah, bibik, dan sepupu. Ayah ibu pun tak percaya anak perempuan mereka balik. Well sebab awal-awal saya plan tak nak balik dah. Gila weyh merajuk bawa hati macam apa kan. Hehe. Ngada je lebih.

Screen Shot 2015-11-08 at 10.41.55 AM

Saya balik sebab birthday ibu, sebab nak tengok ayah, sebab nak raikan konvokesyen Pusat Pendidikan Ummah , sebab nak bagi sokongan moral untuk Paman Fazir yang akan menjalani operation dan sebab saya tahu saya kena lawan sampai menang. Walaupun nangis banyak kali tapi itulah buatkan kita semua akan jadi lebih baik. Ofcourse I love surprising people.

Cantik kan Allah rancang? Allah hilangkan seseorang yang kita kasih tapi percayalah Allah bagi seribu lagi orang yang soleh solehah. Ada yang teman mulutnya tak pernah berhenti hafal Quran, ada teman yang baru masuk Islam tanpa pengetahuan keluarga dan dibantu oleh pelajar Thailand dan ada yang sentiasa sokong saya dari jauh dan dekat.

Keluarga saya , anak2 murid saya dan orang2 buatkan saya lebih kuat. Alhamdulilah. Hidup tanpa Facebook dan handphone buat kita benar-benar berkomunikasi! Jangan takut untuk mengembara walaupun perempuan. Tawakal ala Allah penting, kena berani walaupun sesat dan perit. Kemudian don’t forget to bring Quran.

Doakan pengembaraan ini dapat memberi manfaat dan inspirasi. Jazakmullahkhairan untuk setiap strangers yang bantu saya, yang tumpangkan kereta, yang bagi pinjam telefon, yang peduli tentang keselamatan saya, yang jadi kawan baru saya di Thailand, yang tumpangkan motor bawa balik rumah, yang setia dengar kisah mak joyah ni. Hehe. Dan yang menjayakan surprise ini. Thanks!

Wassalam.





**copy paste dr oh bulan**

No comments:

Post a Comment

jgn ckp dlm ati,taip trus...